Sunday 17 November 2013

Novel Playboy Itu Suami Aku

Beli baca online novel melayu Playboy Itu Suami Aku - Suri Ryana harga murah drama kat mana nak jual sinopsis

Tajuk : Playboy Itu Suami Aku
Penulis : Suri Ryana
Harga : RM24.00


SINOPSIS NOVEL PLAYBOY ITU AKU

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”



Testimoni Pembeli Novel
Beberapa testimoni pembeli yang telah membeli novel daripada kami



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.


HARGA NOVEL: RM24

POSTAGE:
RM6 (Semenanjung)
RM10 (Sabah Sarawak)
*Novel akan dipos dalam 3-4 hari selepas bank in

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat/Line ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel

Friday 19 July 2013

Akim dan Nad Zainal Mengaku Bercinta Dalam Kampung Girl

Akim Nad Zainal Bercinta Dalam Kampung Girl Umi Kalsom dan Drama Kampung Girl Slot Zehra Lestary TV3 Beli Jual Online Nad Zainal Akim Sinopsis Tonton Download OST lagu tema


MENGGANTIKAN drama rantaian popular Sebenarnya Saya Isteri Dia dalam slot Zehra di TV3 yang ditayangkan pukul 9 malam setiap hari Jumaat, drama adaptasi novel Kampung Girl pula memulakan siaran pada 12 Julai lalu.

Kampung Girl diarahkan oleh Heykal Hanifah yang diadaptasi daripada novel popular karya Umi Kalsom.

Kisah bermula apabila anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Mazlin bernama Ashraf Khairi cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang disangka menganggur dan hanya menghabiskan masa di kampung.

Pelbagai cara dilakukan Ashraf untuk mengelak daripada dijodohkan dengan Ainnur.

Bagaimanapun, Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dan ingin mengajar jejaka yang sombong dan bongkak itu.

Tanpa disedari Ainnur merupakan lulusan sebuah universiti di luar negara dan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris.

Akim Dan Nad Zainal Bercinta Dalam Kampung Girl

Diusik mengenai perkembangan gosip cintanya bersama penyanyi Stacy, Akim lebih banyak tersenyum dan masih memberikan jawapan yang diplomatik.

Terbaharu, Akim didakwa telah meluahkan pengakuannya mencintai Stacy secara tidak langsung di laman sosial Twitternya, namun kisah itu disangkal Akim sama sekali.

Menerusi laman sosial itu Akim menulis "Only me can love you" yang bermaksud "Hanya saya yang boleh mencintai kamu."

"Itu cuma interaksi dengan kawan- kawan saya. Apabila saya diusik dengan kata-kata sedemikian, saya pun membalasnya dengan jenaka yang sama," jelas penyanyi itu seakan-akan berselindung.

Baca Juga:
- Akim Dan Nad Zainal Pelakon Kampung Girl

Nak order novel boleh PM kami atau:
SMS: 012-4973905
Whatsapp: 012-4973905
Wechat ID: asraffali

Saturday 30 March 2013

Akim dan Nad Zainal Pelakon Drama Kampung Girl

Akim nad zainal barisan pelakon drama kampung girl tv3

Ada yang tak kenal dengan Akim dan Nad Zainal? Haii.. antara dua pelakon yang sangat popular sekarang ini. Akim dan Nad Zainal juga menjadi pelakon utama dalam drama kampung girl. Dan buat yang masih tak tahu lagi. Drama kampung girl ini diadapatasi daripada novel yang berjudul tajuk yang sama.

Nad Zainal dan Akim
Nad Zainal dan Akim

Comel kan Nad Zainal dan Akim. - novel kampung girl

Nak order novel boleh PM kami atau:
SMS: 012-4973905
Whatsapp: 012-4973905
Wechat ID: asraffali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...