Friday 19 July 2013

Akim dan Nad Zainal Mengaku Bercinta Dalam Kampung Girl

Akim Nad Zainal Bercinta Dalam Kampung Girl Umi Kalsom dan Drama Kampung Girl Slot Zehra Lestary TV3 Beli Jual Online Nad Zainal Akim Sinopsis Tonton Download OST lagu tema


MENGGANTIKAN drama rantaian popular Sebenarnya Saya Isteri Dia dalam slot Zehra di TV3 yang ditayangkan pukul 9 malam setiap hari Jumaat, drama adaptasi novel Kampung Girl pula memulakan siaran pada 12 Julai lalu.

Kampung Girl diarahkan oleh Heykal Hanifah yang diadaptasi daripada novel popular karya Umi Kalsom.

Kisah bermula apabila anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Mazlin bernama Ashraf Khairi cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang disangka menganggur dan hanya menghabiskan masa di kampung.

Pelbagai cara dilakukan Ashraf untuk mengelak daripada dijodohkan dengan Ainnur.

Bagaimanapun, Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dan ingin mengajar jejaka yang sombong dan bongkak itu.

Tanpa disedari Ainnur merupakan lulusan sebuah universiti di luar negara dan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris.

Akim Dan Nad Zainal Bercinta Dalam Kampung Girl

Diusik mengenai perkembangan gosip cintanya bersama penyanyi Stacy, Akim lebih banyak tersenyum dan masih memberikan jawapan yang diplomatik.

Terbaharu, Akim didakwa telah meluahkan pengakuannya mencintai Stacy secara tidak langsung di laman sosial Twitternya, namun kisah itu disangkal Akim sama sekali.

Menerusi laman sosial itu Akim menulis "Only me can love you" yang bermaksud "Hanya saya yang boleh mencintai kamu."

"Itu cuma interaksi dengan kawan- kawan saya. Apabila saya diusik dengan kata-kata sedemikian, saya pun membalasnya dengan jenaka yang sama," jelas penyanyi itu seakan-akan berselindung.

Baca Juga:
- Akim Dan Nad Zainal Pelakon Kampung Girl

Nak order novel boleh PM kami atau:
SMS: 012-4973905
Whatsapp: 012-4973905
Wechat ID: asraffali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...